Snapseed ialah editor foto yang lengkap dan profesional yang dibangunkan oleh Google. Alatan peringkat profesional, simulasi filem yang asli, penopengan pintar dan pelbagai lagi — semuanya tanpa syarat.
== CIRI UTAMA ==
• Tanpa Syarat: Dapatkan lebih 30 alatan dan penapis profesional - tanpa langganan, pembelian, iklan atau tera air • Gaya Vintaj: penapis filem yang realistik serta alatan Silau, Seri dan Bintik • Penopengan Pintar: Asingkan subjek atau latar dengan serta-merta dan secara pintar dengan satu ketikan untuk pengeditan yang pantas dan disasarkan • Pengeditan Kelompok: Gunakan rupa dan pengeditan kegemaran anda pada berbilang foto dengan pantas • Kamera Snapseed: Tangkap foto menggunakan gaya tersuai atau rupa filem. Jimatkan masa dengan kesan masa nyata yang boleh diedit atau ditetapkan semula kemudian • Pengeditan Tanpa Musnah: Buat asal perubahan atau balikkan kepada foto asal anda dengan mudah pada bila-bila masa • Sokongan RAW: Buka dan edit fail JPG dan RAW dengan kawalan yang tepat
== ALAT & PENAPIS PRO ==
• Kamera Snapseed – rakam terus dalam simulasi filem kegemaran anda atau rupa tersuai untuk merakam gaya unik anda dalam masa nyata dan melangkau langkah pengeditan • Pelarasan – laraskan dedahan dan warna secara automatik atau manual dengan kawalan yang halus dan tepat • Penopengan Satu Sentuhan – pilih subjek atau latar dengan ketepatan pintar dengan serta-merta untuk pengeditan disasarkan yang lancar • Berpilih – laraskan kecerahan, kontras atau ketepuan dengan tepat pada kawasan tertentu tanpa menjejaskan bahagian lain foto anda • Penyembuhan – alih keluar jiran yang tidak diundang daripada gambar kumpulan • Filem – dapatkan rupa yang cantik dengan simulasi filem kami yang dikemaskinikan sepenuhnya dan realistik bagi stok filem bersejarah • Edit Kelompok – gunakan rupa dan pengeditan tersuai anda pada keseluruhan kelompok foto dengan serta-merta • Silau – tambahkan serlahan cahaya yang asli untuk meniru kesan kanta analog klasik • Seri – buat sebaran optik yang lembut dan mengasyikkan pada sumber cahaya untuk mendapatkan hasil sinematik • Pembangunan RAW – buka dan ubah suai beberapa jenis fail RAW • Dedahan Berganda - gabungkan dua foto menggunakan mod adunan yang diilhamkan oleh pemprosesan filem dan digital • Potret – alatan moden untuk meningkatkan pencahayaan, melaraskan gaya dan memperhalus ciri wajah dengan pantas • Butiran – menyerlahkan struktur permukaan dalam imej secara ajaib • Pangkas dan putar – pangkas kepada saiz standard, putar sebanyak 90° atau luruskan ufuk yang terpencong • Perspektif – betulkan garis yang terpencong dan sempurnakan geometri ufuk atau bangunan • Imbangan Putih – laraskan warna supaya imej kelihatan lebih semula jadi • Berus – perkemas dedahan, ketepuan, kecerahan atau kehangatan secara berpilih • Vignet – gelapkan sudut imej untuk mendapatkan kesan fotografi klasik • Lengkung - dapatkan kawalan jitu terhadap tahap kecerahan dalam foto anda • HSL Warna – laraskan rona, ketepuan dan luminans mana-mana warna dengan tepat • Nyahkabut – bersihkan kabus, jerebu atau silau dengan serta-merta untuk mendapatkan kontras dan butiran yang lebih baik • Besarkan - besarkan saiz kanvas anda • Kabur Lensa – tambahkan Bokeh yang cantik pada imej (pelembutan latar) • Seri Glamour – tambahkan kilauan pada imej, sesuai untuk fesyen atau potret • Kontras Rona – jelaskan butiran secara berpilih dalam bebayang, irap pertengahan dan serlahan • Hitam Putih – rupa Hitam Putih klasik terus daripada bilik gelap • dan pelbagai lagi!
Editor foto lengkap dan profesional yang dibina oleh Google.
Dikemas kini pada
3 Okt 2026
Fotografi
Keselamatan data
arrow_forward
Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
• Sokongan pengeditan RAW yang lebih luas: kami telah mengembangkan sokongan RAW untuk menyertakan lebih banyak format RAW (DNG, ARW, RAF, NEF, CR3, ORF, PEF dll.)
• Buat asal dan Buat semula: kini kebanyakan tindakan boleh dibuat asal atau dibuat semula semasa mengedit dalam alatan kegemaran anda.
• Pelbagai peningkatan dan pembetulan pepijat. Kami berharap anda menyukai ciri ini!